Wednesday, April 27, 2011

Penerbitan Indie ZineSatuMalam

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Satu malam aku dok pusing-pusing FB, stumbled upon a post by KakiLIKE. Aku ni memang seorang 'liker' sejati lately, aku dah 'like' pastu try usha link tu.

ZineSatuMalam - gerakan seorang (atau lebih) individu yang cuba menerbitkan zine dengan sumbangan karya daripada umum melalui pelbagai wadah, usaha bermula dari tenggelamnya matahari dan boleh dimuat-turun menjelang sebelum matahari terbit keesokan harinya.

Gila menarik! Tak pernah lagi aku jumpa konsep penerbitan camni!

Ternyata aku memang dah tertarik. Sebuah penerbitan yang tampak low-profile tapi penuh dengan ayat-ayat sinis editor berbicara ringkas tentang tajuk untuk satu-satu issue. Lepas tu plak, menyusul karya-karya hebat lagi spontan bersulamkan pelbagai elemen perasaan dari penyumbang-penyumbang.

Dan dek kerana gila publisiti (atau mungkin sahaja nak terlibat sama dengan this awesomeness), aku contribute dua karya sajak - English dan bahasa Melayu - bertemakan 'terima kasih' untuk penerbitan kedua ZineSatuMalam sebelum aku tido tengah malam tadi.

Bangun Subuh, alhamdulillah dah available for download. Dua-dua karya aku terpilih! Hahaha! Must've been somekind of achievement! Sebab selama ni apa-apa daripada aku tak pernah terpilih untuk apa-apa pun. Gila proud!

So I wanna share this awesomeness. Link to the respective pages are available above and links for download of these publications are below. Enjoy! Spread the words! Who knows? This might have been the greatest and awesome publication to ever come out.



*credits are due to respective FB page admins and editor of ZineSatuMalam

2 comments:

Siti Mashitah Saidin said...

yup.. secara zahir nya aku jugak rasa idea nih sangat bgus.. dr buang masa lebih baik bg idea2 yg kreatif kan..?

Azhar Ibrahim said...

;-)