Wednesday, June 1, 2011

/inˈsidēəs/

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semalam balik kerja pukul 5 petang, terus bergegas ke Stesen K.T.M. Kajang dan menaiki komuter ke Mid Valley. Sudah lama tidak naik komuter. Teruja juga sekali-sekala walking down memory lane.

Semalam ada gathering dengan ex-officemates World Sports, Wisma Goldhill. Walaupun 6 kerat plus seorang kenalan a.k.a. Encik Boyfriend (si comel) kepada salah seorang daripada kami, tapi rasa macam ada seribu orang. 593 jelmaan Aza, 393 jelmaan Riza, plus kami setiap seorang - Toby, Sheetal, Eddie, dan aku. Si comel diam saja.

Kami tengok movie Insidious sebagai ganti Paul yang tinggal 2nd row sahaja. Tak sanggup mendongak. Out of 5, aku bagi 2.5. OK la. Watchable. Sebab ada Rose Bryne dan ghostbusters yang tak cliche.


Momok! ~boo~
 in·sid·i·ous 
adjective /inˈsidēəs/ 
  1. Proceeding in a gradual, subtle way, but with harmful effects
  2. Treacherous; crafty
Lepas makan, gerak balik. Sudah lewat. Nasib baik ada lagi komuter. Semalam dressing kemeja putih, slack hitam lining, kasut kulit hitam - sudah ala-ala Siwon SuJu dalam videoklip Sorry, Sorry, Sorry. Hahahaha! Sampai di stesen Kajang jam 11.30 malam sebelum merempit kembali ke teratak dan tiba sebelum jam 12 tengah malam. Kalau lewat lepas jam 12, aku akan bertukar semula menjadi iras-iras salah seorang gang member 24/7. K-pop celup buatan Malaysia instead of SuJu. Dan kereta kuda pamkin (pumpkin) bak kata Aza, akan bertukar menjadi motosikal biasa-biasa. Tapi masih lagi power. Itu sudah pasti. Walaupun 100 c.c.

Sesampai rumah, mandi-manda, wangi-wangi dan berdating di alam maya. Tak sangka, magik ala-ala Cinderella still haven't worn off even after 3 o' clock. Padan la jadi benda best awal pagi semalam. Ada magik atas magik rupanya.

Alhamdulillah ;-)

2 comments: