Hadirmu bukanlah satu mimpi,
Kerna berkali-kali telah ku tampar akan pipi,
Agar terjaga daripada apa yang ku sangka ketiduran ini,
Jadi tetaplah di sini,
Beraja terus di hati,
Akan ku suntingmu jadi permaisuri,
Untuk sama-sama kita menemani,
Saat berlalunya hari-hari,
Mencari redha Illahi,
Diikat satu simpul mati,
Aku suami,
Dan kau isteri,
Tidak mahu lagi aku mencari,
Bayangan cliche cinta sejati,
Kerna aku percaya,
Cinta itu wujud jika direstui,
Selagi Allah S.W.T. merahmati,
Apa lagi yang perlu aku pinta?
Mengharapkan jawapan akan tangis di hati,
Agar satu hari nanti kau akan pergi?
Dan datangnya perempuan silih berganti,
Hanya kerana satu ilusi?
Lantas tertipu lagi,
Hidup bersendiri?
Doa ku agar kaulah pemilik hakiki,
Tapi jika takdir itu tersisi,
Kau bukanlah jodoh yang ku cari,
Izinkan aku berbisik ke dalam hati,
Terima kasih untuk peluang ini,
Telah kita berusaha menjayakan misi,
Usaha itu tidak cukup barangkali,
Kita manusia punya kelemahan diri,
Apatah lagi menongkah arus qada' dan qadar yang misteri,
Bersabarlah wahai hati ini,
Aku mungkin bersendiri lagi;
Tapi aku tidak akan mati.
buang bayi
59 minutes ago


4 comments:
wua... sweet nya... puisi untuk isteri?
Bukan untuk isteri la, bakal isteri. Penuh dengan pengharapan kot puisi ni, tapi harapan tinggal harapan dan kembali ke asalan.
And the cycle continues.....
harapan tuh perlu, supaya ada kepercayaan lg yg takdir itu ada.. insyallah~
chaiyok2. hehe.
Post a Comment