Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sajak ni aku karang khas untuk seorang sahabat dengan satu misi mulianya iaitu menjayakan 'Hari Tanpa Lapar' bersempena dengan penyertaan beliau di dalam rancangan 'Sejuta Impian' yang bersiaran di TV3.
Aku dah emailkan hasil nukilan ni untuk dapatkan feedback dari beliau dan alhamdulillah, aku gembira dia suka. Kalau tak keterlaluan, agaknya dia dah setuju menjadikan sajak ni sajak rasmi atau sajak tema untuk program 'Hari Tanpa Lapar' beliau.
Di kesempatan ni, aku nak ucapkan terima kasih kepada sahabat aku iaitu saudari Zarith Naquiah di atas kesempatan melibatkan aku walaupun secara sampingan ke dalam program beliau. Aku harap kita semua boleh volunteer sama² turun padang menjayakan program beliau nanti.
All the best and good luck Zarith! Semoga awak pergi lebih jauh!
Hari Tanpa Lapar
Berapakah nilai sepinggan nasi,
Berserta lauk yang engkau buang?
Apa begitu ‘murah’ kurniaan rezeki,
Sehinggakan kau tidak terfikir masih ada ruang,
Untuk kau berbakti tanpa wang,
Suapkanlah si gelandangan nan seorang,
Daripada engkau hanya mengalih pandang,
Menafikan hak untuk sama berasa kenyang,
Di atas kurniaan Illahi yang tidak terbilang,
Berapakah nilai sebentuk peribadi,
Apabila engkau melampiaskan pandangan majazi?
Terhadap si gelandangan yang merempat,
Tanpa rasa simpati,
Engkau hukum mereka seolah engkau cukup sifat,
Lantas engkau berasa keji,
Tanpa sedari,
Di atas kehinaan sendiri yang tidak bertempat,
Hari Tanpa Lapar,
Hari kita kembali kepada fitrah,
Kita manusia sesama manusia,
Tiada beza, semuanya mulia,
Pabila duduk, kita sama rendah,
Bilamana berdiri, kita tinggi menggalah,
Menggapai langit, tempat kita pasakkan maruah,
Jadi janganlah engkau berasa gundah wahai si gelandangan,
Dengan kami yang prihatin,
Bersama kita nikmati mewah,
Bersama kita rasai payah,
Bersama kita satukan jemaah,
Tiada lagi kami sia-siakan rezeki,
Tidak lagi kami melirik sinis dan keji,
Kerana kami juga gelandangan,
Menafikan di sudut hati;
Menipu diri sendiri.
250511 @ 10.08 am @ Wisma Minlon


1 comments:
Thanks azhar untuk puisi HTL tu. Kita sangat menghargai puisi itu. Kita akan letak puisi tu dkt fb HTL 1 week before episod kite kuar dalam 1juta impian.
Azhar,terima kasih kerana menyokong kita selame nie. Kami kenal time Akademi Nasyid lagi. Lame. Time kasih AZHAR.
azhar,blog gadisgombak akan di tutup panjang sebab kita nak transform blog tu kepada lebih matured.
Post a Comment