Monday, June 6, 2011

Sweet, Sweet Love

KAJANG, 6 Jun - Polis menemui mayat sepasang kekasih yang dipercayai telah membunuh diri di dalam sebuah rumah apartmen di Bandar Teknologi Kajang, Selangor hari ini. Polis mengesahkan tiada unsur jenayah luar terlibat dan polis masih menyiasat punca kejadian sebenar.


“Ya, memang I mengaku I sayangkan you dan memang I cuba nak ayat you tapi bila I tahu you ada boyfriend, I drew a line for both of us. I tak nak jadi punca you break dengan boyfriend you and dalam masa yang sama, I tak nak jadi lelaki yang I sendiri benci. You faham kan maksud I?”

“Baiklah. Terima kasih.”

Dikatupnya telefon bimbit itu. Bengang. Dalam masa yang sama, Zahar juga berasa kasihan  atas kekeliruan yang mengambil tempat di antara dia dan Yani. Apa jugalah yang bermain di penjuru kotak Yani sehinggakan dia begitu emosional meskipun Zahar dah berulang-kali memberikan penjelasan.

Zahar lelaki biasa. Tidaklah sekacak mana. Muka ketat. Badannya sedikit gempal membuatkan tiada mata yang akan melirik dua kali kepadanya. Tapi dia punya budi bahasa yang tinggi. Berperwatakan menarik. Pandai susun setiap tutur kata. Kadang-kadang orang akan cop dia ni sebagai orang yang bermulut manis. Kawan-kawannya akan cakap, “Biar tak hensem bro, tapi ayat mesti power, cam lu. Jangan low sangat self-confidence tu.”, pada dia setiap kali dia berbicara pasal ketidakmampuan dia berpunya kekasih hati.

Tapi itu dulu. Setelah dicongak-congak penilaian hati dan perasaan, dia bagi peluang pada diri dia sendiri untuk menerima kehadiran seorang gadis 6 tahun lebih muda daripada dia. Seorang gadis dari utara yang bernama Shima. Cukup masa, ada rezeki, dan ada ketentuan jodoh, memang Zahar hendak kahwin terus dengan pilihan hatinya kali ini. Bukan terlalu terdesak, cuma matlamat hidupnya memang hendak terus berumahtangga. Umurnya bukan makin lama makin muda. Cemburu juga Zahar dengan adik perempuannya yang telah berkahwin dengan sahabat sekolahnya dan telah menimang cahaya mata.

Tiba-tiba, dalam keadaan mengelamun itu Zahar tersentak. Getaran telefon bimbitnya itu dirasakan terlalu menjengkelkan pula. SMS daripada Yani. “Apa lagi ni?”, bentak hati Zahar.

“Kalau boleh, saya akan cuba untuk bermalam di Shah Alam. Tapi kalau tak dapat, saya mungkin akan bermalam di rumah awak. Harap awak maklumkan pada Shima terlebih dahulu.”

“She’s aware of this. Tolong bagitau awal kalau jadi nak tumpang.”

“Sekejap cakap nak, sekejap tak nak. Sekarang mungkin pulak.”, rungut Zahar berseorangan. Diketiknya punat-punat kecil telefon bimbitnya, menaip SMS. Bukan membalas tapi pesanan baru ke Shima.

“On YM sekarang, ada benda nak discuss.”

Dalam gelap lewat malam, Zahar berbaring meniarap di atas totonya menghadap komputer ribanya berbalas perbualan di Yahoo Messenger bersama Shima.

“Sayang, Yani cakap mungkin dia nak tumpang tidur rumah I malam esok.”

“Erm, takpelah kalau camtu. I sebenarnya berat hati, jealous pun ada. Tapi kalau I tak bagi you tolong dia, nanti dia nak bermalam di mana pulak kan? Dia tu perempuan, kalau lelaki, takpe la jugak.”

“I tahu you berat hati, I pun sama sayang. Tapi I serba-salah la, dia mintak tolong camni, I macam tak boleh abaikan pulak. Bukan la kata I suka dia nak datang, tapi entah…..”

“Takpe, takpe. I faham. Dia dah mintak tolong you dari sebelum kita declare lagi. Tapi lepas ni tak mahu dah you buat camni lagi tahu!”

Amaran yang bersusulkan satu emoticon senyuman. Zahar tahu hati kekasihnya gusar dan gundah-gelana tapi Zahar mudah runtun jiwa. Dia juga tahu adalah satu risiko besar membawa pulang seorang perempuan ke rumahnya yang mana dia adalah satu-satunya penghuni tunggal apartmen kos rendah 3 bilik itu. Bukan tidak mahu disewakan bilik-biliknya yang lagi 2 itu, cuma dia lebih selesa tinggal bersendirian. Lebih privasi. Sewanya juga termampu.


“Kalau boleh tolong orang lain, kita buatlah apa yang termampu. Kadang-kadang niat kita boleh disalah-ertikan oleh orang lain, tapi nawaitu kita hanya Allah SWT je yang tahu.”, terngiang-ngiang pesan ayah dan mak Zahar tatkala cuba melelapkan mata.

“Bzzzt, bzzzt!”, telefon bimbit Zahar bergetar. Terkejut dia. SMS daripada Yani.

“Saya dah on the way dari K.L., dalam komuter sekarang ke Kajang. Lagi 30 minit saya sampai.”

“Alamak, jadi pulak dia nak nak datang!”. Dalam keadaan bercelaru kepala otaknya, dia menukar t-shirt lusuh dan seluar pendek ke pakaian lebih sesuai. Ayah Zahar memang tidak suka melihat anak-anak lelakinya selekeh kalau keluar rumah. Memang leceh hendak melayan tetamu malam, lebih-lebih lagi di kala dia sudah hendak berlabuh lena bermimpi enak-enak.

Dalam kedinginan malam, motosikal EX5 Class 1 itu dibonceng menderu laju membelah angin. Setibanya di stesen KTM Kajang, dilihat Yani sudahpun berdiri di hadapan pintu pagar masuk.

“Sorry lambat. I ambik masa bersiap. You lewat sangat bagitau. Ingatkan tak jadi.”, sambil Zahar menghulurkan topi keledar kepada Yani. Yani pula mencapai tanpa bersuara apa-apa.

“Cepat la naik, I nak tidur ni, esok nak pergi kerja lagi.”, saja Zahar bernada stress kepada Yani, seolah memberikan aura yang dia tidak menyenangi kehadiran Yani malam ini.

Setibanya di rumah, Yani dibawa terus ke biliknya. Kosong. Yang ada hanyalah sehampar tilam dan satu bantal berserta selimut. Itu pun semuanya dipinjam dari kawannya yang kadang-kadang menumpang tidur di sini.

“OK, kalau you nak mandi, bilik air ada di situ. Kalau U nak minum, ada air dalam peti ais. Make yourself at home.”, dalam marah-marah itu pun Zahar masih lembut hati. Tidak biasa baginya berbuat kasar pada perempuan. Bukan dirinya sebegitu rupa.

Yani melangkah masuk dan menutup pintu di belakangnya. Diam seribu bahasa. Zahar pula tidak mahu ambil pusing. Terus dia ke biliknya dan menukar ke pakaian tidur semula. Jam menunjukkan waktu tepat jam 12 tengah malam. “Sempat lagi chat ni sebelum tidur.”, getus hati Zahar walaupun dia dah menguap 2,3 kali sebaik tiba tadi.

“Yani tengah buat apa sayang?”

“Entah, ada je dalam bilik tu. Dah tidur agaknya. Lantaklah dia. Cukup time balik la dia nanti.”

“You tak rasa dia psycho ke sayang?  Sekejap dia cakap dia bahagia dengan boyfriend dia, pastu tiba-tiba dia cakap dia suka kat you. Pastu dia canang satu dunia seolah-olah I rampas dia dari you. Ke you memang try nak makan dia jugak?”

“Eh, you ni?! Kalau I kaya, ada rupa cam Johnny Depp takpe la jugak I nak flirt sana, flirt sini, godek sana, godek sini. Memang la I kenal dia sebelum you, and I dah admit I memang macam rapat dengan dia, semua orang suka kat I kot. I kan ‘likeable’.”

“You memang! Mulut kalau cakap, keluar gula!”

“Tapi at least I tak buat jahat. I tak rosakkan orang. Sebab I tahu I tak mampu buat macam tu. Kalau complete package, memang dah lama I jadi player you tahu tak? Heh.”

“Tapi kenapa Yani jadi sampai camtu? Cuba kelirukan orang ramai pasal you dengan dia. Entah-entah, dia memang problem tak dengan boyfriend dia?”

“Tu I tak tahu, yang I tahu dia cerita kat I pasal certain problems dengan boyfriend dia pastu I layan dia biasa-biasa je, as friends supposed to. Biasa-biasa bagi I, luarbiasa kot bagi orang lain?”

“Hahaha! Yelah kot. Tapi apa pun you memang sweet.”


BUZZ!

“Sayang, you ada lagi tak ni?”

Zahar dah lama terlelap di hadapan komputer ribanya. Jam menunjukkan waktu tepat jam 2 pagi. Dalam kedengkuran Zahar memenuhi ruang tamu tempat dia berlabuh setiap malam, pintu bilik Yani terbuka perlahan.

Yani menuju ke arah dapur. Barangkali hendak ke bilik air. Tapi dicapainya sebilah pisau dari dalam laci perkakasan. Di waktu itu, dia merenung tepat ke arah Zahar dari sudut penjuru ruang tamu. Dihampiri perlahan-lahan akan Zahar yang sedang terlentang. Yani duduk bersimpuh di tepinya. Pisau besar tajam itu dileret-leretkan perlahan di dada Zahar.

“Awak tahu tak saya sukakan awak? Tapi awak pergi jugak kat gadis kampung sial tu eh? Sampai hati awak…..setelah apa yang awak lakukan, awak layan saya baik-baik, awak curi hati saya. Tapi takpe, malam ni saya akan curi balik hati awak dari perempuan sial tu.”, bisik Yani perlahan ke telinga Zahar.

BUZZ!

Mata Yani melirik ke skrin komputer sambil jarinya menekan butang mengaktifkan kamera web. Dalam samar-samar terpacullah imej Shima di skrin.

“Hei perempuan, kau tengok la kecurangan kekasih kau ni.”

“Yani!”, jerit Shima. Tapi suara itu seakan terlalu perlahan buat Zahar yang sudah entah ke mana perginya dalam mimpi.

“Shima, kau tengok ni baik-baik tau.”, perlahan Yani mengukir senyuman sinis lalu merapatkan bibir ke mulut Zahar. Diciumnya penuh nafsu. Pisau yang tergenggam seperti mahu terlepas dek khusyuk Yani menikmati ciuman yang barangkali tidak akan kesampaian.

“Sayang bangun sayang! Sayang!”, jerit Shima bertalu-talu. Ternyata kepenatan Zahar betul-betul terkesan akibat tidur yang tidak konsisten malam hari dan beban kerja berlebihan di siangnya.

Perlahan-lahan Yani naik ke atas badan Zahar sambil terus bercukup berahi. Pisau tadi kini diacu mengiring di leher Zahar. Zahar terjaga dek tekanan badan dan sejuk mata pisau yang berlaga di badannya.

“Yani! Apa you buat ni?!”

Yani merenung tepat ke arah mata Shima di skrin. Ditariknya pisau tadi, terus sahaja mengelar leher Zahar yang masih mamai. Darah memancut-mancut keluar membasahi tubuh mereka berdua.

“Zahar!”

“Kalau aku tak dapat, kau pun takleh dapat Zahar!”

Diangkatnya pisau tadi ke menjulang ke atas udara. Digenggamnya kejap-kejap. Lalu dihunus laju ke arah dada Zahar. Zahar yang tadi tersedak-sedak kesemputan udara dek trakea yang tersumbat darah kini menggeliat buat terakhir kali. Tikaman Yani tersisi. Tidak mengenai tepat ke jantung Zahar. Tetapi itu yang dia mahukan. Pisau itu kini bergerak merobek daging-daging dada Zahar. Sesekali tersangkut dek tulang, akan Yani pacak berulang-ulang pisau tersebut hingga hancur tulang rangka yang melindungi jantung Zahar.

Shima kini sudah hilang dari skrin, barangkali mencari bantuan. Yani pula makin asyik melapah. Akhirnya jantung Zahar ada di tangannya. Tidak lagi berdegup. Tapi masih panas dengan darah yang tertumpah-tumpah dari saluran-saluran aorta, vena kava, dan vena pulmonari.

“Kan saya dah kata saya akan curi balik hati awak Zahar…..”, senyum Yani terleret hingga ke telinga.

Diletakkan jantung Zahar tepat ke dadanya. Sekonyong-konyong tangan Yani pantas menusuk pisau ke jantung itu lalu menembusi jantungnya dan dibiarkan tercacak pisau itu di situ.

“Sekarang hati kita dah bersatu….."

2 comments:

mushroom said...

kejam gila perempuan tu.. tapi sedihlah cerita ni.. tak tahulah sedih kat mana.. tp menangislah jugak baca.. i like this!! :D

Azhar Ibrahim said...

Thanx ;-) Sedih ke? Sedih la kot. Hahahaha!