Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Welcome to another movie review. Well, movies review if I may. Tahun ni banyak movie yang bagus-bagus untuk ditonton, yang jadi tak bagusnya peruntukan kewangan aku untuk hiburan makin bertambah. Dalam sebulan, 2,3 kali pergi tengok wayang. Mungkin orang lain akan cakap tak seberapa, tapi bagi aku ia agak membebankan. Terpaksa divert atau adjust peruntukan lain untuk memenuhi kehendak menonton wayang ni ~haish~
Nonetheless, it is a guilty pleasure. So, tak perlu merungut banyak-banyak. But 2011 is a really, really good movie year. And there are a lot of other great movies coming soon, so stack up your money!
![]() |
| The Fast & The Furious 5 - Fast Five |
I know this is a late review but I missed covering this up before so I'm just gonna do this briefly. Dominic Toretto is back! And the crew from the last job. Apa yang buat aku minat sangat dengan francais ni ialah cara diorang relate setiap movie yang sebelumnya dengan tertib. Of course you are gonna get confused with the real order of which film is the prequel/sequel but the way they manage to make it blend is great. An example of a great screenwriting. Di bawah adalah kronologi francais filem The Fast and The Furious.
- The Fast & The Furious (2001)
- Turbo-Charged Prelude (6-minute film) (2003) - prequel kepada #3
- 2 Fast 2 Furious (2003)
- Los Bandoleros (20-minute film) (2009) - prequel kepada #5
- The Fast & The Furious (2009)
- Fast Five (2011)
- The Fast and The Furious: Tokyo Drift (2006)
- The Fast & The Furious 6 (2013) - sequel kepada #6 considering semua pelakon dah tua dan tak logik untuk dibuat lagi prequel series sebelum Tokyo Drift. Especially watan Han. Dan memandangkan ini adalah sequel kepada Tokyo Drift, maka tiadalah watak Han selepas ini.
![]() |
| K.L. Gangster - a new definition of a Malay movie standard |
Also a late review. Must've been a record for this one! Berapa juta kutipan kasar filem ni aku tak pasti. Aku rasa dah lebih RM10 juta kot. Tahniah Syamsul Yusof! Aku sememangnya agak skeptikal kalau nak menonton filem-filem Melayu di pawagam. Jalan cerita yang tipikal dan senang diagak, lakonan suam-suam kuku, camera work yang ntahapahapa, and those dreaded C.G.I. work (oh poor Hikayat Merong Mahawangsa) membuatkan aku akan selalu berfikir 3,4 kali sebelum membeli tiket untuk filem-filem Melayu. Tapi hype untuk K.L. Gangster ni lain macam. Semua orang bercakap pasal K.L. Gangster. Lagi-lagi tentang macam mana filem ni tapau filem Kongsi kaw-kaw (which I didn't see) membuatkan aku tertarik nak pegi usha. Bukan aku tak support filem-filem Melayu tapi terus-terang la kan, semuanya berkonotasikan unsur-unsur negatif yang tidak membina langsung peradaban Melayu itu sendiri. Balik-balik racing moto dan kereta, samseng-samseng, bohsia-bohjan, hantu-hantu - aiseh! Serius la, not helping!
But for K.L. Gangster, aku 'terbagi' exception. And it turned out to be a good movie! Secara literal, aku memang tak gemar akan skop filem ni yang menjadikan K.L. sebagai bandar yang dikuasai oleh gangster. Kalau betul sekalipun, aku tak tau plak senang-senang kau boleh ada aksi tembak-menembak kat Petaling Street semacam itu plus agak-agak nak ganyang orang, ganyang je tak kira tempat dan masa. Tapi dari segi produksi dan teknikaliti, aku sangat-sangat kagum dengan filem ni. It's not always that we can see Malay movies blowing up car right? And the fighting scene? The best ever in a Malay movie! Dan aku bercakap dari segi koreografi. Memang la jarang kita tengok gangster gaduh nak pasang kuda-kuda, lawan pun nak ada tertib but to me, it was refreshing to see all these. Ada standard tersendiri. Lakonan pun mantap. Meskipun produksi filem ni milik orang Melayu tapi jangan la kita tengok filem ni sebagai representative kepada orang-orang atau gangster-gangster Melayu (atau mana-mana bangsa in this case) secara umum. Tapi dari segi benchmark, Shamsul Yusof sudah berjaya set the bar to its higher position for Malay action movies. 3.5 out of 5.
![]() |
| Transformers: Dark of The Moon |
Despite being the highest grossing movie currently, aku rasa filem ni banyak sangat lompong-lompong yang mana kalau anda peminat tegar trilogi filem ni, anda akan rasai kekecewaannya. Aku adalah salah seorang daripada mereka ini. Padanlah kawan aku sorang ni dok maki-maki "fuck, fuck" kat FB dia lepas tengok filem ni. Aku rasa aku boleh relate dengan dia. Tapi aku takdelah sampai nak 'fuck, fuck'. Mungkin Michael Bay kena tambah at least 15 minit untuk tampal balik lubang-lubang yang terdedah pada storyline. Macam aku mungkin tahu kat mana nak cari sources untuk tampung lubang-lubang kekurangan tu sendiri sebab untuk makluman semua, trilogi Transformers ni perlu dilengkapkan dengan komik-komik online yang menjadi prequel/sequel kepada setiap siri filem Transformers. Komik-komik inilah yang cuba digunakan untuk menampung sedikit-sebanyak cacat-cela storyline kepada setiap filem Transformers. Jadi sesiapa yang tak tegar mungkin sahaja boleh terima seadanya setiap filem dari trilogi ni dan 'wow' kepada setiap explosions, fighting scenes, dan lain-lain X-factor dihidangkan oleh Michael Bay. 3 out of 5.
Where the hell is Skids and Mudflap?
Optimus Prime made a cheap-shot move onto Megatron. If it's not for Megatron being a bitch, Optimus Prime would've perished by the hands of Sentinel Prime.
R.I.P. Ironhide. I really wanted to see you kick-ass on the battle scene.





0 comments:
Post a Comment