Sunday, July 10, 2011

Paradoks Pasca Semalam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Janganlah kerana politik, kita hilang rasa hormat pada orang lain. Biarlah individu itu tak amik port ke, parti lawan ke, duduk atas pagar ke, yang penting, selagi berpegang pada batas, masing-masing perlulah hormat pada pendirian orang lain.

At the end of the day, we are all Malaysians. Bitter as it may sound, we all do need each other. Belajar-belajarlah terima hakikat ni. Kita perlukan negara Malaysia ni lama lagi. Bukan untuk sehari dua.

Pasca Semalam

Semalam dia bilang aku tiada pendirian,
Kerana aku tidak memihak,
Dengkelnya akal kau wahai fanatik,
Tidakkah kau sedar bahawa kau itu hanya watak sampingan?
Apa juga yang kau pikul untuk menyuarakan hak-hak?
Sekadar omongan bak racun-racun musibat,
Sudah cukup buat kau ditali seperti lembu yang ditarik ke sana ke mari,
Dan itu yang buat kau hebat?

Cermin diri dahulu wahai kawan,
Sekadar lepak di warung-warung kopi berborak,
Ditemani seangkatan pseudo-pseudo intelek,
Dan menjamah apa juga kata-kata dari naskah rujukan kamu,
Itu yang buat kau jadi gagah?

Ingat-ingatlah wahai kawan,
Ini zaman abad ke-21,
Bilamana kau duduk atas pagar bukan lagi lalang,
Memilih untuk berkecuali belum tentu lagi kau jahil,
Jika kau mahu terus berpolitik gaya itu,
Teruskanlah,
Tiada siapa yang boleh halang,
Bukankah itu demokrasi yang kau cari?
Tapi jangan sampai kau lupa juga yang Satu;
Kerana Dia – aku dan kau masih boleh memilih pihak.

0 comments: